Kontroversi di Kelantan Perkahwinan bawah umur

Ketua Hakim Syariah Negeri Kelantan Datuk Daud Mohamad menyatakan pasangan bawah umur boleh meminta kebenaran bertulis atau pengecualian daripada Pejabat Kadi dengan memberi alasan yang munasabah.Tanpa kebenaran khas, mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali oleh Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 8 , Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan (EKINK) 2002. Pasangan bawah umur dianggap masih tidak matang dan kemungkinan bercerai akan berlaku kerana tidak bijak memainkan peranan sebagai isteri dan ibu. Jika subur tubuh badan (pernah haid) dan matang, bolehlah dibenarkan berkahwin.


Enakmen Keluarga Islam Kelantan had umur minimum perkahwinan adalah 16 tahun bagi kaum wanita kecuali dengan kebenaran mahkamah syariah. Kalau nak ikut mazhab ia tidak melanggar, tetapi kita ada enakmen syariah. Mahkamah perlu siasat agar tiada paksaan daripada ibu bapa.[2]


Tujuan perkahwinan adalah untuk mendapatkan zuriat dan merupakan amalan sunah Nabi Muhammad (S.A.W). Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa tidak semua sunah boleh diikuti umat Islam kerana ia mesti diselarikan dengan budaya setempat.Walau bagaimanapun ia sah dari segi syarak.Mana mungkin perempuan 11 tahun melahirkan zuriat. Ramai lagi perempuan di Kelantan yang sudah cukup umur kenapa tak kahwin dengan dia?.[3]